Monday, 24 August 2015

Pengalaman Ke Maternity and Children Expo Anjuran TCE

Salam semua, lama pula rasa tak update blog sejak dua menjak nih.... mane tak nya asyik berkepik je anak laki aku nih (umur 1tahun).... manja sangat sampai nak ke dapur minum air pun nak melekat juga hahaha.... rasa2 anak perempuan tak ada la macam tu sekali (kakak2 dia)...... Asal kan pegang laptop je mesti dia datang merengek kat tepi... kadang2 stress rasa.... Nasib hari minggu ada aktiviti bagi hilang stress hehe

Pagi tadi sempat la pergi jalan2 cuci mata dekat expo Baby dekat SACC anjuran TCE Baby Expo.... memang meriah, tapi space dekat SACC agak kecil sampaikan jalan pun susah, siap langgar bahu2 lagi, biasa dia buat dekat Midvalley memang puas hati. Lagi pun tak banyak mana pilihan, macam banyak je company yang tak dapat join maybe booth terhad kot.....

Tapi pampers memang murah, berbaloi2 bagi orang yang suka borong banyak2.... aku rilek je sebab dekat pasaraya NSK area rumah aku harga lebih kurang je so tak perlu la beli buat stock banyak2 buat penuh rumah je hahaha......

Bagi aku kalau nak pergi tempat macam expo ni kena sedia mental yang kental takut nanti stress memanjang je dekat sana sampai tak tau nak beli apa hehe..... aku pergi pun sebab wife aku nak teman adik2 dia shopping barang utk bakal anak diorang, jadi wife aku pun join sekali la shopping......


Tak silap aku bulan november nanti ada lagi expo anjuran TCE, tapi kali ni dekat Midvalley, so siapa2 rasa nak pergi sergah nanti boleh la book kalendar siap2 takut terlupa plak yela bulan november dan disember ni orang ingat kenduri kawen je hahaha..... Tadi pun ada yang sanggup datang dari kuantan semata2 nak beli barang baby memang berbaloi lah kata diorang........

Monday, 15 June 2015

Mesej Untuk Rakyat Malaysia Dari DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim Tunku Mahkota Johor

Kebelakangan ini, saya hanya menyuarakan pandangan supaya mereka yang diberikan amanah jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda. Nampaknya teguran saya secara baik ini telah mendapat maklum balas yang kasar daripada seorang menteri. Kalau saya mendapat jawapan sedemikian, apa harapan untuk teguran rakyat lain didengar?

Anda seorang menteri, bukannya tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur. Jangan fikir rakyat negara ini wujud untuk memberikan anda jawatan dan kekayaan, tetapi jawatan tersebut wujud supaya anda memberikan khidmat kepada rakyat. Apabila saya bersuara, saya melakukannya sebagai pemimpin rakyat saya, rakyat Johor dan Malaysia. Saya hanya mengingatkan para pemimpin negara ini bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat, dan nampaknya oleh sebab itu saya diserang.

Dalam aturan dunia yang baru, saya membayangkan masa depan di mana setiap orang mempunyai hak menyuarakan pendapat masing-masing. Namun, keadaan di Malaysia pada hari ini tidaklah begitu, menteri-menteri pantang ditegur. Saya rela dicemuh untuk mempertahankan perkara yang benar, daripada disanjung untuk membela perkara yang salah.

Saya bukan ahli politik. Saya hanya bertanggungjawab kepada Allah, Sultan saya, dan rakyat Johor. Saya bukannya menjalankan suruhan seperti boneka. Johor hanya mempunyai tempat bagi mereka yang mahu berkhidmat kepada rakyat, bukan untuk mereka yang mahu meraih undi demi kepentingan peribadi.

Akan tiba suatu masa, di mana rakyat Johor perlu membuat keputusan demi kebaikan masa depan kita dan generasi yang akan datang. Kita akan bersatu dan membuat keputusan tersebut sebagai Bangsa Johor, untuk menempa masa depan kita. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Saya berdiri untuk rakyat saya, bukan untuk merebut kuasa, bukan untuk menumbangkan kerajaan, tetapi untuk menjaga kesejahteraan rakyat saya.

Saya tidak pernah menyuruh sesiapa berundur atau meletak jawatan, hanya sekadar memberi ingatan kepada ahli politik berkenaan peranan dan tanggungjawab mereka. Sekiranya perkara seperti itu pun anda tidak boleh terima, jelaslah kepada seluruh rakyat betapa angkuh dan sombongnya anda.

Alhamdulillah, saya telah dikurniakan dengan kehidupan yang selesa. Kalau hendak diikutkan, saya boleh hidup dalam dunia saya sendiri tanpa menghiraukan permasalahan rakyat, tetapi saya di sini berdiri teguh bersama mereka. Jadi kepada mereka yang ingin mencemar imej saya dan menjadikan saya musuh awam nombor satu, sesungguhnya rakyat lebih bijak dan mampu menilai sendiri.

Jangan gunakan saya untuk mengalihkan tumpuan daripada isu-isu nasional yang lain. Negara ini memerlukan ahli politik yang bersih dan telus, yang menjalankan tanggungjawab mereka dengan keikhlasan dan integriti.

-DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.




------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MESSAGE FOR MALAYSIANS

Of late, I just voiced out my opinion and a reminder that people who has been entrusted with the responsibility to not blame the people for losing trust and confidence in them, but think of why the people no longer have the confidence and trust in them. Apparently my gentle reminder has been met with a rather hostile response from a minister. If I got such a reply, then what chances does the rest of the rakyat have?

You are a minister, not a God from the heavens who lord above everybody. Do not think the people of this country exist to provide you with position and wealth, but the position exists for you to serve the people. When I voice out, I do it as the leader of my rakyat, on behalf of Johoreans and Malaysians. All I did is to remind the leaders of the country that they have a responsibility to serve the people, and for this, I am attacked.

In the new world order, I envision a future that every person has a right to voice their opinions. However, that is not the case in Malaysia today, where ministers think they are untouchable. I am willing to be cursed for standing up for what is right, rather than be loved for defending what is wrong.

I am not a politician. I am only answerable to Allah, my Sultan and the people of Johor. I do not do the bidding of some puppet-master who pulls the strings. Johor only has place for those who want to serve the people, not for those who want to garner votes for their own interests.

There will come a time, when the Johorean people must decide what is best for us and our future generations. Decide and unite we will, as Bangsa Johor, to forge our future. United we stand strong, divided we fall. I stand for my rakyat, not to joust for power, not to topple the government, but to ensure the well-being of my people.

I never told anybody to step down or resign, only to remind politicians of their roles and responsibilities. If you cannot deal with that, it just shows your arrogance to the people. Alhamdulillah, I have been blessed with a comfortable life, and I can just live my own life and be oblivious to the worries of my people, but here I am, standing firm by their side. So for those wanting to tarnish my image and make me public enemy number one, the people are smarter than that, and they can think for themselves.

Do not use me to divert the attention from national issues. This country needs politicians who are clean and transparent, who carry out their duties with sincerity and integrity.

-HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, The Crown Prince of Johor.

Saturday, 13 June 2015

Derma Darah Pun Dapat Manfaat Juga?

Semalam member aku ade share dekat group pasal ada seorang budak yang berumur 6 tahun perlukan penderma darah jenis O untuk Leukimia Relapse.. Alhamdulillah tak sampai beberapa jam darah yang diperlukan dah cukup...  ni mesejnya

Assalammualaikum semua
Nak minta tlg sikit..
Sy tgh cari sesiapa y berdarah 'O', tidak merokok dan sihat, yg sudi derma darah utk anak sy...
Kalau ada, boleh bgtau sy
Nak kena cari 5 org by today... Terima kasih

Pesakit : Muhammad Amin Mohd Diandy, MRN No: 0001123402
Keperluan : Darah 'O' SEGERA
Umur : 6 tahun.
Contact : Bapa (Mohd Diandy) 0193722755
Hospital : Subang jaya medical centre
Penyakit : Leukimia relapse

Tetiba aje petang tu ade iklan pasal kempen derma darah dalam tv.... sbenarnya derma darah ni bagus dan banyak manfaat untuk diri kita sendiri...teringat pula masa derma darah zaman sekolah dulu2 beberapa tahun kemudian hospital pernah call jemput pergi derma darah lagi... agaknya darah aku ni manis kot hehehe tapi sedih buku aku dah hilang.... ok2 ni antara kebaikan dan manfaat yang korang dapat.... 

8 Kebaikan Derma Darah 

1. Derma Darah Mengurangkan Berat Badan

Percaya atau tidak, menderma darah boleh mengurangkan berat badan. Setiap kali menderma darah kita akan membakar 650 kalori serta kehilangan satu paun bagi setiap pain darah yang diderma.

2. Pemeriksaan Kesihatan Percuma

Sewaktu kempen derma darah diadakan, penderma akan memperolehi khidmat kesihatan percuma. Maklumat penting tentang jenis darah kita, tekanan darah, tahap kolesterol, dan banyak lagi akan dimaklumkan kepada penderma secara percuma.

3. Menerima Rawatan di Wad Hospital Kelas Pertama

Jika kita dimasukkan ke hospital untuk apa-apa sebab sekalipun, keselesaan adalah amat penting. Di Malaysia, jika kita menderma darah untuk sejumlah tertentu, kita berhak untuk menerima rawatan di wad hospital kelas pertama. Jadual penuh manfaat ada di sini:

4. Memperolehi Vaksinasi Hepatitis B

Hepatitis B boleh merosakkan hati. Ia mudah berjangkit sehingga 50 hingga 100 kali berbanding HIV. 1.4 juta rakyat Malaysia dipercayai mengidap penyakit ini. Jadi amatlah penting untuk kita semua mendapatkan vaksin penyakit ini. Vaksin Hepatitis B akan diberi secara percuma sekiranya kita menderma darah dua kali dalam satu tahun.

5. Pertambahan Sel Darah

Menderma darah akan menyebabkan sel-sel darah merah kita berkurangan. Ini akan memaksa sum-sum tulang untuk membuat yang baru. Proses ini akan menyebabkan badan kita menjadi lebih segar serta lebih baik untuk melaksanakan tugas yang baru.

6. Mengurangkan Risiko Kanser

Kanser adalah antara penyakit yang paling ditakuti. Di Malaysia jumlah pesakit kanser semakin meningkat tahun demi tahun. Terdapat sejumlah 32,000 kes baru pada tahun 2008 dan 37,400 pada 2012. Antara punca utama penyakit kanser adalah pengambilan makanan yang tidak sihat seperti daging yang diproses serta bernafas dalam udara yang tercemar. Tetapi jika kita konsisten menderma darah, ianya boleh menurunkan risiko kanser dalam kolon, perut, paru-paru, hati, dan juga tekak.

7. Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung

Penyakit jantung merupakan penyebab nombor satu kematian di Malaysia sejak 30 tahun lepas. Namun kita tak perlu risau kerana dengan menderma darah, risiko serangan jantung dan penyakit jantung akan berkurangan. Sebabnya adalah kerana penyakit jantung selalunya dikaitkan dengan tahap zat besi dalam darah kita. Terlalu banyak besi pekat dalam darah, akan merosakkan arteri kita dalam jangka masa panjang. Apabila menderma darah, kita mengeluarkan besi berlebihan dari badan.

8. Mengeratkan Perpaduan

Apabila kkta menderma darah, kita tidak pasti siapa yang bakal menerima darah kita. Ia mungkin mereka yang sama ugama, bangsa dan warna kulit atau sebaliknya. Jadi secara tak lansung pertalian darah sebenarnya wujud dalam masyarakat Malaysia.

kredit tu: myblogsantai.blogspot.com

Ok bagi yang ada masa lapang hari ahad ni dan rasa nak derma darah hari ahad ni boleh rujuk dekat jadual kempen derma darah ni...... 

KEMPEN DERMA DARAH
Bil Tarikh Penganjur Lokasi Derma Darah Waktu Pendermaan Waktu Tamat
1
Ahad

 14/06/2015
AEON - CHERAS SELATAN CONCOURSE AREA-DEPAN POH KONG  12:00 PM 07:00PM
2
  AEON - KEPONG TINGKAT 1,DEPAN POPULAR  12:00 PM 07:00PM
3
  AEON - SETIAWANGSA AU2  TINGKAT 1,DEPAN BLACK QUEEN  12:00 PM 07:00PM
4
  AEON - TAMAN EQUINE TINGKAT 1,DEPAN PEJABAT POS  12:00 PM 07:00PM
5
  AEON - RAWANG GF,DEPAN FOCUS POINT  12:00 PM 07:00PM
6
  AEON - WANGSA MAJU TKT 1. BERDEKATAN KERUSI OGAWA  12:00 PM 07:00PM
7
  AEON - MAHKOTA CHERAS GF,CENTRE COURT AEON - MAHKOTA CHERAS  12:00 PM 07:00PM
8
  PUSAT DARAH NEGARA  ASTAKA, TASIK TITIWANGSA (Mobile bawah khemah & BUS PDN)  07:30 AM 01:00PM
10
  AEON - TAMAN MALURI TINGKAT 1, DEPAN LIFT(berhampiran customer service)  12:00 PM 07:00PM


pape hal korang boleh usha dekat website http://pdn.gov.my/pdn/ 

Thursday, 4 June 2015

Lagu Soundtrack Iklan TV9

Huh hari ni duk tgk tv dgn anak2 tiba2 ada iklan dekat tv9 pasal timing karton slot bananana pukul 1.00pm Bertukar.... patut la hari tu anak aku tunggu tengok spongerbob pukul 5pm dah tukar dengan ninja turtle huhu.... tapi nasib dia suke tengok cite tu gak so takde la dia bising.....

Aku nak cite pasal lagu soundtrack yang dia guna tu macam best je.... musik ala2 linkin park macam tu genre rock.... cari la juga 2,3 kali kat youtube tak jumpa2 hahaha.....

Hari ni tiba2 tv9 letak plak tajuk lagu and penyanyi dia, terus google la apa lagi huhu.... anak aku cakap sama dalam tv hehehe ok tajuk lagu.... jeng...jeng....jeng....

Tajuk: Hero
Artis: Skillet

layan gak sebab musik dia memang best lagi pun xde la mengarut sangat video klip diorang macam lagu sekarang ntah apa pe ntah.... dengar lagu diorang ni buat aku teringat masa tahun 2001 time tu Linkin Park tengah naik dengan Limp Bizkit memang hapal lagu la masa tu hahaha.....

Tapi band skillet ni yang menjadikan diorang ni unik gabungan laki perempuan... so agak berlainan dengan band2 lain.... lagi pun vokal dia dengan pemain drum/keyboard tu laki bini beb... jarang ada laki bini nyanyi sama2....

Pape pun memang puas hati bila dah dapat tahu sape penyanyi lagu yang selalu dimainkan dekat  tv ni hehehe layann......


Ni Baru ROCKK......

Wednesday, 27 May 2015

8TV Banyak Potong Babak Lawan Dalam Tv series The Romance of The Condor Heroes

Alahai kasim kenapa engkau potong part lawan dah nama lagi drama kungfu bukan drama cintan cinton nih.... bengang pun ada terpaksa la aku tengok kat youtube semula....




harap lepas ni xde lagi potong-memotong lagi.... bagi la kami peminat drama kungfu ni dapat menikmati cerita dengan puas hati.... dah part yang di potong tu best pula tu huhu.... antara part2 yang di potong dan di cepatkan ialah

1. Yang Guo lawan dengan Huodu dan Da'erba masa perjumpaan pendekar...
2. Yang Guo dan Xiao Long Nu lawan dengan sami Jinlun masa tolong Huang Rong
3. Li Mo Chou lawan dengan Feng Ke Feng

dan banyak lagi......

aku harap lepas ni 8tv tak potong la part2 lawan kalau part lain aku tak kesah.....

Pape pun terima kasih banyak2 kepada pihak 8tv sebab tayang cerita yang buat semua orang tertunggu ni....

*harap lepas ni 8tv tayang cerita The Deer and the Cauldron (2014 TV series) pula hehehe....

Thursday, 14 May 2015

The Romance of The Condor Heroes 2014

Setelah sekian lama menunggu drama The Return of The Condor Heroes yang menyepi hampir 10tahun akhirnya ia muncul penuh dengan kisah percintaan antara senior dalam drama tersebut... tetapi bagai mana pun ia tetap menarik bagi pengemar tegar macam aku.... Walaupun ramai pengkritik yang rasa tidak puas hati dengan versi The Romance of the Condor Heroes 2014 ni....



Memang tidak di nafikan memang ada part yang menjanggalkan tapi ia tetap menarik, lagi pun banyak penambahan babak percintaan antara li mo chou, hong qi gong, ou yang feng, huang yao shi dan banyak lagi yang sebenarnya membosankan....



Kembali kepada watak heroin, ramai yang kritik watak Xiao long nu yang di pegang oleh Michelle Chen agak kaku dan tidak memenuhi ciri2 seorang yang paling cantik berbanding dengan watak wanita lain dalam drama tersebut, walaupun michelle chen agak berumur tetapi ia tetap mempunyai wajah yang cute dan senyuman yang menawan... tetapi ia tetap tidak dapat menandingi liu yi fei yang memengan watak tersebut sebelum ini... kalau korang nak tau antara Michelle Chen dan kakak seguru dia Li mo chou michelle lagi tua... sebab tu kot ramai yang tak puas hati hihi...



Walau bagaimana pun watak Chen Xiao (Yang Guo) sangat memuaskan berbanding dengan versi 2006, kacak dan perangai gila2 Yang Guo tu dapat dimainkan dengan bagus sekali, lagi pun sebab Yang Guo ni jadi rebutan semua wanita dalam cerita ni, so aku boleh katakan yang Chen Xiao memang sangat perfect dalam watak Yang Guo... walaupun mula2 agak lucu sebab dalam drama Swordsman 2013 dia pengang watak lin ping zhi yang sanggup kasi (macam nyah pun ada) diri sendiri untuk belajar kungfu Sunflower Menual...



Pada mulanya aku tengok cerita ni pun, aku rasa agak bosan tapi setelah tonton dalam 10 episod baru datang feel dia hehe.... lagi pun aku baru perasan yang versi lama tahun 2006 punya ( The Return of The Condor Heroes ) kebanyakan babak dia tak berapa clear dan agak gelap.... lagi pun banyak babak yang tergantung perjalanan ceritanya, contohnya masa Huo Du tanya nama Guo Jing tapi ia terus ke babak lain, yang versi 2014 ni lebih detail...



Tapi kalau korang perasan versi 2014 ni sebijik macam dalam komik Teman Pendekar Helang Sakti karya Tony Wong.... cuma ada beberapa babak percintaan yang di tokok tambah..... tak pasti la pula kalau babak percintaan tu ada dalam Novel karya Jin Yong. Kalau korang tengok cerita The Legend of The Condor Heroes babak percitaan yang di ulas semula tu ada dalam cerita tersebut.....



Lokasi rakaman cerita ni di Hengdian world Studios terletak di Dongyang Hengdian, China. Di bina pada tahun 1994. Kebanyakkan bangunan dalam studio ni di reka mengikut zaman dinasti Qin, Han dan Ming keluasan studio ni 495 995 meter persegi. Ia juga di gelar sebagai China's Hollywood oleh  majalah U.S. Kalau pergi china jangan lupa pergi lawat studio ni ye....

Memang berbaloi kalau korang tengok cerita The Romance of The Condor Heroes ni, sekarang dalam tayangan di 8tv jam 8.30pm tapi kalau rasa tak sabar nak tunggu hari demi hari elok korang tengok dekat youtube je cuma subtitle tak berapa lengkap... tapi bagi aku sebab dah paham jalanan cerita dia tak ada hal lah... soundtrack dia pun best gak aku siap download letak dalam phone...

Ni link dia kalau nak tengok tanpa henti... takut nanti youtube delete melepas la.... https://www.youtube.com/watch?v=7qGmwjIztQc&list=PLXGkQKqoTJ1JPze648tQnAtvqbTTiXuZs




Sunday, 3 May 2015

Basikal Klasik Zaman Jepun Cecah Ribuan Ringgit

panas nya hari ni.... ni la peluang nak basuh kapet yang dah 2,3 hari teperap.... ni anak2 aku punye keje la tumpah air milo la air susu la.... dah mcm kain buruk dah kapet yang aku bli mahal2.... nasib la yg ni bukan jenis bulu idak memang kena anta kedai la jawapnya....

eh aku bukan nak cite pasal kapet la hehe.... aku nak cite pasal pakcik kat masjid area rumah aku bukan main dia orang nih aku tengok dah macam orang muda dah.... haha ada pakcik ni lagi power suka barang klasik... dia beli basikal klasik gile agaknya basikal zaman jepun punye....

rupa2 nya memang betul tekaan aku, aku saja pergi duk dekat2 pasang telinga dia orang sembang skali dia beli basikal tu rm1500 wooo mahal tu boleh dpt motor seken sebiji.... dia cakap kos dia make up basikal tu dekat rm500 perghhhh orang tua kata kan suka kumpul barang lama.... hon saja dah rm60, tapi aku tengok memang cantik habis la basikal dia berkilat beb......

Nasib aku x bawa hepon idak boleh juga snap sekeping dua tepek kat sini, bukan senang nak jumpa barang klasik nih.... nanti esok kalau ada lagi aku snap share bg korang tengok cun beb....

Saturday, 2 May 2015

Salam Dari Nubis Yang Masih Berhinggus

salam semua harap dapat tunjuk ajar dari korang yang power ranges tentang penulisan blog.....

ape yang menarik minat aku tentang blog ni ialah aku bebas menulis apa sahaja tentang apa yang aku fikirkan, tak perlu rasa takut dan ia merupakan tempat meluahkan segala apa yg ada dlm hati....

yela kalau kita pendam lama2 takut nanti dapat penyakit gila babi plak kan hahaha.....

pape pun enjoy je kehidupan kita pun bukan panjang sangat pejam celik pejam celik dah bertahun2 kita hidup dkt dunia nih..... agap je segala kritikan dan maki hamun dari orang lain tu sebagai nasihat.....

tapi ada setengah orang tak boleh berlapang dada...... bahaya tu jaga2 takut nanti lembam mata hahaha...

ape la yang aku merepek nih.... ok lah itu je muqaddimah yang aku nak ckp...... wassalam....