Memang tidak di nafikan memang ada part yang menjanggalkan tapi ia tetap menarik, lagi pun banyak penambahan babak percintaan antara li mo chou, hong qi gong, ou yang feng, huang yao shi dan banyak lagi yang sebenarnya membosankan....
Kembali kepada watak heroin, ramai yang kritik watak Xiao long nu yang di pegang oleh Michelle Chen agak kaku dan tidak memenuhi ciri2 seorang yang paling cantik berbanding dengan watak wanita lain dalam drama tersebut, walaupun michelle chen agak berumur tetapi ia tetap mempunyai wajah yang cute dan senyuman yang menawan... tetapi ia tetap tidak dapat menandingi liu yi fei yang memengan watak tersebut sebelum ini... kalau korang nak tau antara Michelle Chen dan kakak seguru dia Li mo chou michelle lagi tua... sebab tu kot ramai yang tak puas hati hihi...
Walau bagaimana pun watak Chen Xiao (Yang Guo) sangat memuaskan berbanding dengan versi 2006, kacak dan perangai gila2 Yang Guo tu dapat dimainkan dengan bagus sekali, lagi pun sebab Yang Guo ni jadi rebutan semua wanita dalam cerita ni, so aku boleh katakan yang Chen Xiao memang sangat perfect dalam watak Yang Guo... walaupun mula2 agak lucu sebab dalam drama Swordsman 2013 dia pengang watak lin ping zhi yang sanggup kasi (macam nyah pun ada) diri sendiri untuk belajar kungfu Sunflower Menual...
Pada mulanya aku tengok cerita ni pun, aku rasa agak bosan tapi setelah tonton dalam 10 episod baru datang feel dia hehe.... lagi pun aku baru perasan yang versi lama tahun 2006 punya ( The Return of The Condor Heroes ) kebanyakan babak dia tak berapa clear dan agak gelap.... lagi pun banyak babak yang tergantung perjalanan ceritanya, contohnya masa Huo Du tanya nama Guo Jing tapi ia terus ke babak lain, yang versi 2014 ni lebih detail...
Tapi kalau korang perasan versi 2014 ni sebijik macam dalam komik Teman Pendekar Helang Sakti karya Tony Wong.... cuma ada beberapa babak percintaan yang di tokok tambah..... tak pasti la pula kalau babak percintaan tu ada dalam Novel karya Jin Yong. Kalau korang tengok cerita The Legend of The Condor Heroes babak percitaan yang di ulas semula tu ada dalam cerita tersebut.....
Lokasi rakaman cerita ni di Hengdian world Studios terletak di Dongyang Hengdian, China. Di bina pada tahun 1994. Kebanyakkan bangunan dalam studio ni di reka mengikut zaman dinasti Qin, Han dan Ming keluasan studio ni 495 995 meter persegi. Ia juga di gelar sebagai China's Hollywood oleh majalah U.S. Kalau pergi china jangan lupa pergi lawat studio ni ye....
Memang berbaloi kalau korang tengok cerita The Romance of The Condor Heroes ni, sekarang dalam tayangan di 8tv jam 8.30pm tapi kalau rasa tak sabar nak tunggu hari demi hari elok korang tengok dekat youtube je cuma subtitle tak berapa lengkap... tapi bagi aku sebab dah paham jalanan cerita dia tak ada hal lah... soundtrack dia pun best gak aku siap download letak dalam phone...
Ni link dia kalau nak tengok tanpa henti... takut nanti youtube delete melepas la.... https://www.youtube.com/watch?v=7qGmwjIztQc&list=PLXGkQKqoTJ1JPze648tQnAtvqbTTiXuZs
No comments:
Post a Comment