Assalammualaikum semua
Nak minta tlg sikit..
Sy tgh cari sesiapa y berdarah 'O', tidak merokok dan sihat, yg sudi derma darah utk anak sy...
Kalau ada, boleh bgtau sy
Nak kena cari 5 org by today... Terima kasih
Pesakit : Muhammad Amin Mohd Diandy, MRN No: 0001123402
Keperluan : Darah 'O' SEGERA
Umur : 6 tahun.
Contact : Bapa (Mohd Diandy) 0193722755
Hospital : Subang jaya medical centre
Penyakit : Leukimia relapse
Tetiba aje petang tu ade iklan pasal kempen derma darah dalam tv.... sbenarnya derma darah ni bagus dan banyak manfaat untuk diri kita sendiri...teringat pula masa derma darah zaman sekolah dulu2 beberapa tahun kemudian hospital pernah call jemput pergi derma darah lagi... agaknya darah aku ni manis kot hehehe tapi sedih buku aku dah hilang.... ok2 ni antara kebaikan dan manfaat yang korang dapat....
8 Kebaikan Derma Darah
1. Derma Darah Mengurangkan Berat Badan
Percaya atau tidak, menderma darah boleh mengurangkan berat badan. Setiap kali menderma darah kita akan membakar 650 kalori serta kehilangan satu paun bagi setiap pain darah yang diderma.
2. Pemeriksaan Kesihatan Percuma
Sewaktu kempen derma darah diadakan, penderma akan memperolehi khidmat kesihatan percuma. Maklumat penting tentang jenis darah kita, tekanan darah, tahap kolesterol, dan banyak lagi akan dimaklumkan kepada penderma secara percuma.
3. Menerima Rawatan di Wad Hospital Kelas Pertama
Jika kita dimasukkan ke hospital untuk apa-apa sebab sekalipun, keselesaan adalah amat penting. Di Malaysia, jika kita menderma darah untuk sejumlah tertentu, kita berhak untuk menerima rawatan di wad hospital kelas pertama. Jadual penuh manfaat ada di sini:
4. Memperolehi Vaksinasi Hepatitis B
Hepatitis B boleh merosakkan hati. Ia mudah berjangkit sehingga 50 hingga 100 kali berbanding HIV. 1.4 juta rakyat Malaysia dipercayai mengidap penyakit ini. Jadi amatlah penting untuk kita semua mendapatkan vaksin penyakit ini. Vaksin Hepatitis B akan diberi secara percuma sekiranya kita menderma darah dua kali dalam satu tahun.
5. Pertambahan Sel Darah
Menderma darah akan menyebabkan sel-sel darah merah kita berkurangan. Ini akan memaksa sum-sum tulang untuk membuat yang baru. Proses ini akan menyebabkan badan kita menjadi lebih segar serta lebih baik untuk melaksanakan tugas yang baru.
6. Mengurangkan Risiko Kanser
Kanser adalah antara penyakit yang paling ditakuti. Di Malaysia jumlah pesakit kanser semakin meningkat tahun demi tahun. Terdapat sejumlah 32,000 kes baru pada tahun 2008 dan 37,400 pada 2012. Antara punca utama penyakit kanser adalah pengambilan makanan yang tidak sihat seperti daging yang diproses serta bernafas dalam udara yang tercemar. Tetapi jika kita konsisten menderma darah, ianya boleh menurunkan risiko kanser dalam kolon, perut, paru-paru, hati, dan juga tekak.
7. Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Penyakit jantung merupakan penyebab nombor satu kematian di Malaysia sejak 30 tahun lepas. Namun kita tak perlu risau kerana dengan menderma darah, risiko serangan jantung dan penyakit jantung akan berkurangan. Sebabnya adalah kerana penyakit jantung selalunya dikaitkan dengan tahap zat besi dalam darah kita. Terlalu banyak besi pekat dalam darah, akan merosakkan arteri kita dalam jangka masa panjang. Apabila menderma darah, kita mengeluarkan besi berlebihan dari badan.
8. Mengeratkan Perpaduan
Apabila kkta menderma darah, kita tidak pasti siapa yang bakal menerima darah kita. Ia mungkin mereka yang sama ugama, bangsa dan warna kulit atau sebaliknya. Jadi secara tak lansung pertalian darah sebenarnya wujud dalam masyarakat Malaysia.
kredit tu: myblogsantai.blogspot.com
Ok bagi yang ada masa lapang hari ahad ni dan rasa nak derma darah hari ahad ni boleh rujuk dekat jadual kempen derma darah ni......
pape hal korang boleh usha dekat website http://pdn.gov.my/pdn/
|
No comments:
Post a Comment