Monday, 15 June 2015

Mesej Untuk Rakyat Malaysia Dari DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim Tunku Mahkota Johor

Kebelakangan ini, saya hanya menyuarakan pandangan supaya mereka yang diberikan amanah jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda. Nampaknya teguran saya secara baik ini telah mendapat maklum balas yang kasar daripada seorang menteri. Kalau saya mendapat jawapan sedemikian, apa harapan untuk teguran rakyat lain didengar?

Anda seorang menteri, bukannya tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur. Jangan fikir rakyat negara ini wujud untuk memberikan anda jawatan dan kekayaan, tetapi jawatan tersebut wujud supaya anda memberikan khidmat kepada rakyat. Apabila saya bersuara, saya melakukannya sebagai pemimpin rakyat saya, rakyat Johor dan Malaysia. Saya hanya mengingatkan para pemimpin negara ini bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat, dan nampaknya oleh sebab itu saya diserang.

Dalam aturan dunia yang baru, saya membayangkan masa depan di mana setiap orang mempunyai hak menyuarakan pendapat masing-masing. Namun, keadaan di Malaysia pada hari ini tidaklah begitu, menteri-menteri pantang ditegur. Saya rela dicemuh untuk mempertahankan perkara yang benar, daripada disanjung untuk membela perkara yang salah.

Saya bukan ahli politik. Saya hanya bertanggungjawab kepada Allah, Sultan saya, dan rakyat Johor. Saya bukannya menjalankan suruhan seperti boneka. Johor hanya mempunyai tempat bagi mereka yang mahu berkhidmat kepada rakyat, bukan untuk mereka yang mahu meraih undi demi kepentingan peribadi.

Akan tiba suatu masa, di mana rakyat Johor perlu membuat keputusan demi kebaikan masa depan kita dan generasi yang akan datang. Kita akan bersatu dan membuat keputusan tersebut sebagai Bangsa Johor, untuk menempa masa depan kita. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Saya berdiri untuk rakyat saya, bukan untuk merebut kuasa, bukan untuk menumbangkan kerajaan, tetapi untuk menjaga kesejahteraan rakyat saya.

Saya tidak pernah menyuruh sesiapa berundur atau meletak jawatan, hanya sekadar memberi ingatan kepada ahli politik berkenaan peranan dan tanggungjawab mereka. Sekiranya perkara seperti itu pun anda tidak boleh terima, jelaslah kepada seluruh rakyat betapa angkuh dan sombongnya anda.

Alhamdulillah, saya telah dikurniakan dengan kehidupan yang selesa. Kalau hendak diikutkan, saya boleh hidup dalam dunia saya sendiri tanpa menghiraukan permasalahan rakyat, tetapi saya di sini berdiri teguh bersama mereka. Jadi kepada mereka yang ingin mencemar imej saya dan menjadikan saya musuh awam nombor satu, sesungguhnya rakyat lebih bijak dan mampu menilai sendiri.

Jangan gunakan saya untuk mengalihkan tumpuan daripada isu-isu nasional yang lain. Negara ini memerlukan ahli politik yang bersih dan telus, yang menjalankan tanggungjawab mereka dengan keikhlasan dan integriti.

-DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.




------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MESSAGE FOR MALAYSIANS

Of late, I just voiced out my opinion and a reminder that people who has been entrusted with the responsibility to not blame the people for losing trust and confidence in them, but think of why the people no longer have the confidence and trust in them. Apparently my gentle reminder has been met with a rather hostile response from a minister. If I got such a reply, then what chances does the rest of the rakyat have?

You are a minister, not a God from the heavens who lord above everybody. Do not think the people of this country exist to provide you with position and wealth, but the position exists for you to serve the people. When I voice out, I do it as the leader of my rakyat, on behalf of Johoreans and Malaysians. All I did is to remind the leaders of the country that they have a responsibility to serve the people, and for this, I am attacked.

In the new world order, I envision a future that every person has a right to voice their opinions. However, that is not the case in Malaysia today, where ministers think they are untouchable. I am willing to be cursed for standing up for what is right, rather than be loved for defending what is wrong.

I am not a politician. I am only answerable to Allah, my Sultan and the people of Johor. I do not do the bidding of some puppet-master who pulls the strings. Johor only has place for those who want to serve the people, not for those who want to garner votes for their own interests.

There will come a time, when the Johorean people must decide what is best for us and our future generations. Decide and unite we will, as Bangsa Johor, to forge our future. United we stand strong, divided we fall. I stand for my rakyat, not to joust for power, not to topple the government, but to ensure the well-being of my people.

I never told anybody to step down or resign, only to remind politicians of their roles and responsibilities. If you cannot deal with that, it just shows your arrogance to the people. Alhamdulillah, I have been blessed with a comfortable life, and I can just live my own life and be oblivious to the worries of my people, but here I am, standing firm by their side. So for those wanting to tarnish my image and make me public enemy number one, the people are smarter than that, and they can think for themselves.

Do not use me to divert the attention from national issues. This country needs politicians who are clean and transparent, who carry out their duties with sincerity and integrity.

-HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, The Crown Prince of Johor.

Saturday, 13 June 2015

Derma Darah Pun Dapat Manfaat Juga?

Semalam member aku ade share dekat group pasal ada seorang budak yang berumur 6 tahun perlukan penderma darah jenis O untuk Leukimia Relapse.. Alhamdulillah tak sampai beberapa jam darah yang diperlukan dah cukup...  ni mesejnya

Assalammualaikum semua
Nak minta tlg sikit..
Sy tgh cari sesiapa y berdarah 'O', tidak merokok dan sihat, yg sudi derma darah utk anak sy...
Kalau ada, boleh bgtau sy
Nak kena cari 5 org by today... Terima kasih

Pesakit : Muhammad Amin Mohd Diandy, MRN No: 0001123402
Keperluan : Darah 'O' SEGERA
Umur : 6 tahun.
Contact : Bapa (Mohd Diandy) 0193722755
Hospital : Subang jaya medical centre
Penyakit : Leukimia relapse

Tetiba aje petang tu ade iklan pasal kempen derma darah dalam tv.... sbenarnya derma darah ni bagus dan banyak manfaat untuk diri kita sendiri...teringat pula masa derma darah zaman sekolah dulu2 beberapa tahun kemudian hospital pernah call jemput pergi derma darah lagi... agaknya darah aku ni manis kot hehehe tapi sedih buku aku dah hilang.... ok2 ni antara kebaikan dan manfaat yang korang dapat.... 

8 Kebaikan Derma Darah 

1. Derma Darah Mengurangkan Berat Badan

Percaya atau tidak, menderma darah boleh mengurangkan berat badan. Setiap kali menderma darah kita akan membakar 650 kalori serta kehilangan satu paun bagi setiap pain darah yang diderma.

2. Pemeriksaan Kesihatan Percuma

Sewaktu kempen derma darah diadakan, penderma akan memperolehi khidmat kesihatan percuma. Maklumat penting tentang jenis darah kita, tekanan darah, tahap kolesterol, dan banyak lagi akan dimaklumkan kepada penderma secara percuma.

3. Menerima Rawatan di Wad Hospital Kelas Pertama

Jika kita dimasukkan ke hospital untuk apa-apa sebab sekalipun, keselesaan adalah amat penting. Di Malaysia, jika kita menderma darah untuk sejumlah tertentu, kita berhak untuk menerima rawatan di wad hospital kelas pertama. Jadual penuh manfaat ada di sini:

4. Memperolehi Vaksinasi Hepatitis B

Hepatitis B boleh merosakkan hati. Ia mudah berjangkit sehingga 50 hingga 100 kali berbanding HIV. 1.4 juta rakyat Malaysia dipercayai mengidap penyakit ini. Jadi amatlah penting untuk kita semua mendapatkan vaksin penyakit ini. Vaksin Hepatitis B akan diberi secara percuma sekiranya kita menderma darah dua kali dalam satu tahun.

5. Pertambahan Sel Darah

Menderma darah akan menyebabkan sel-sel darah merah kita berkurangan. Ini akan memaksa sum-sum tulang untuk membuat yang baru. Proses ini akan menyebabkan badan kita menjadi lebih segar serta lebih baik untuk melaksanakan tugas yang baru.

6. Mengurangkan Risiko Kanser

Kanser adalah antara penyakit yang paling ditakuti. Di Malaysia jumlah pesakit kanser semakin meningkat tahun demi tahun. Terdapat sejumlah 32,000 kes baru pada tahun 2008 dan 37,400 pada 2012. Antara punca utama penyakit kanser adalah pengambilan makanan yang tidak sihat seperti daging yang diproses serta bernafas dalam udara yang tercemar. Tetapi jika kita konsisten menderma darah, ianya boleh menurunkan risiko kanser dalam kolon, perut, paru-paru, hati, dan juga tekak.

7. Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung

Penyakit jantung merupakan penyebab nombor satu kematian di Malaysia sejak 30 tahun lepas. Namun kita tak perlu risau kerana dengan menderma darah, risiko serangan jantung dan penyakit jantung akan berkurangan. Sebabnya adalah kerana penyakit jantung selalunya dikaitkan dengan tahap zat besi dalam darah kita. Terlalu banyak besi pekat dalam darah, akan merosakkan arteri kita dalam jangka masa panjang. Apabila menderma darah, kita mengeluarkan besi berlebihan dari badan.

8. Mengeratkan Perpaduan

Apabila kkta menderma darah, kita tidak pasti siapa yang bakal menerima darah kita. Ia mungkin mereka yang sama ugama, bangsa dan warna kulit atau sebaliknya. Jadi secara tak lansung pertalian darah sebenarnya wujud dalam masyarakat Malaysia.

kredit tu: myblogsantai.blogspot.com

Ok bagi yang ada masa lapang hari ahad ni dan rasa nak derma darah hari ahad ni boleh rujuk dekat jadual kempen derma darah ni...... 

KEMPEN DERMA DARAH
Bil Tarikh Penganjur Lokasi Derma Darah Waktu Pendermaan Waktu Tamat
1
Ahad

 14/06/2015
AEON - CHERAS SELATAN CONCOURSE AREA-DEPAN POH KONG  12:00 PM 07:00PM
2
  AEON - KEPONG TINGKAT 1,DEPAN POPULAR  12:00 PM 07:00PM
3
  AEON - SETIAWANGSA AU2  TINGKAT 1,DEPAN BLACK QUEEN  12:00 PM 07:00PM
4
  AEON - TAMAN EQUINE TINGKAT 1,DEPAN PEJABAT POS  12:00 PM 07:00PM
5
  AEON - RAWANG GF,DEPAN FOCUS POINT  12:00 PM 07:00PM
6
  AEON - WANGSA MAJU TKT 1. BERDEKATAN KERUSI OGAWA  12:00 PM 07:00PM
7
  AEON - MAHKOTA CHERAS GF,CENTRE COURT AEON - MAHKOTA CHERAS  12:00 PM 07:00PM
8
  PUSAT DARAH NEGARA  ASTAKA, TASIK TITIWANGSA (Mobile bawah khemah & BUS PDN)  07:30 AM 01:00PM
10
  AEON - TAMAN MALURI TINGKAT 1, DEPAN LIFT(berhampiran customer service)  12:00 PM 07:00PM


pape hal korang boleh usha dekat website http://pdn.gov.my/pdn/ 

Thursday, 4 June 2015

Lagu Soundtrack Iklan TV9

Huh hari ni duk tgk tv dgn anak2 tiba2 ada iklan dekat tv9 pasal timing karton slot bananana pukul 1.00pm Bertukar.... patut la hari tu anak aku tunggu tengok spongerbob pukul 5pm dah tukar dengan ninja turtle huhu.... tapi nasib dia suke tengok cite tu gak so takde la dia bising.....

Aku nak cite pasal lagu soundtrack yang dia guna tu macam best je.... musik ala2 linkin park macam tu genre rock.... cari la juga 2,3 kali kat youtube tak jumpa2 hahaha.....

Hari ni tiba2 tv9 letak plak tajuk lagu and penyanyi dia, terus google la apa lagi huhu.... anak aku cakap sama dalam tv hehehe ok tajuk lagu.... jeng...jeng....jeng....

Tajuk: Hero
Artis: Skillet

layan gak sebab musik dia memang best lagi pun xde la mengarut sangat video klip diorang macam lagu sekarang ntah apa pe ntah.... dengar lagu diorang ni buat aku teringat masa tahun 2001 time tu Linkin Park tengah naik dengan Limp Bizkit memang hapal lagu la masa tu hahaha.....

Tapi band skillet ni yang menjadikan diorang ni unik gabungan laki perempuan... so agak berlainan dengan band2 lain.... lagi pun vokal dia dengan pemain drum/keyboard tu laki bini beb... jarang ada laki bini nyanyi sama2....

Pape pun memang puas hati bila dah dapat tahu sape penyanyi lagu yang selalu dimainkan dekat  tv ni hehehe layann......


Ni Baru ROCKK......