Sunday, 14 August 2016

Sahabat Agro (AgroprimaS)

Program Sahabat Agro adalah program pemasaran yang mematuhi kehendak Shariah dan berkonsepkan Keahlian, Rujukan & Ganjaran. Program ini menawarkan ganjaran bulanan* untuk ahli-ahli yang merujuk ahli keluarga atau rakan-rakan dengan menyimpan di Akaun Deposit Berjangka (AgroPrimaS) ** di Agrobank.
*Ganjaran bulanan tertakluk kepada terma dan syarat 
**Akaun Deposit Berjangka yang direka berdasarkan Akaun Deposit Berjangka (FRIA-i) sedia ada di Agrobank

Pernah tak anda dengar pasal program Sahabat Agro Bank?? jika tidak pernah dengar ini lah masanya saya memperkenalkan kepada anda semua, Program ini masih baru lagi dan ramai lagi yang tidak tahu. Ia merupakan satu program simpanan tetap dan anda boleh merujuk ahli keluarga atau sahabat anda utk simpan di Agro Bank, Malah anda akan dapat Ganjaran dari Agro Bank kerana sebagai perujuk yang memperkenalkan program ini.

Konsepnya sangat mudah di fahami dan di duplicated kerana ia guna konsep networking (berkumpulan), malah jika network anda makin besar peluang ganjaran yang anda bakal dapat setiap bulan pun boleh cecah RM 21,000 sebulan..

Bagaimana Cara Jadi Sahabat Agro?

1. Buka Akaun Giro (Rm20) kemudian Buka akaun Sahabat AgroPrimaS (Minimun RM500 dalam bentuk sijil primium).

2. Daftar keahlian anda sebagai Sahabat Agro.

3. Daftar AGRONet (Perbankan Internet) untuk memudahkan anda semak maklumat keahlian.

4. Rujuk ahli keluarga dan rakan-rakan anda untuk daftar keahlian dan buka akaun simpanan seperti langkah 1-3 dan pastikan mereka daftar dengan no keahlian anda sebagai perujuk....

5. Anda layak menerima ganjaran berbentuk wang dari Agro bank ke dalam akaun anda setiap bulan apabila ahli yang di rujuk mempunyai baki kredit positif (Tidak pernah keluarkan duit) di akaun AgropimaS, ganjaran ini terdapat empat peringkat di bawah rangkaian anda yang layak anda perolehi....

Masih keliru? hubungi saya untuk keterangan dan Perujuk untuk anda jadi Sahabat Agro bank anda.... saya Hamzah Nasir Sedia membantu dan memberi penerangan kepada anda dengan hati terbuka.... hubungi saya di talian 0132947452 (Wasap) / 0146348164 (call)

Bagaimana Nak Jadi Sahabat Agro Bank

Assalamualaikum semua pembaca, hari ni saya nak kongsi satu cara macam mana kita nak daftar jadi SAHABAT AGRO BANK ok ni antrara step-step yang perlu korang ikut, tapi nak jadi sahabat agro bank korang kena ada penaja atau pun perujuk (REFERRER) kalau nak nak saya sebagai perujuk boleh hubungi saya di no talian di bawah... 
BUKA AKAUN
  • Akaun Deposit Berjangka AgroPrimaS: Nilai deposit minimum RM 500.00
  • Akaun Simpanan/GIRO bagi tujuan pengkreditan Ganjaran (Deposit minimum RM 20.00)
DAFTAR KEAHLIAN
  • Kunjungi cawangan Agrobank berhampiran untuk membuka akaun
  • Daftar keahlian anda sebagai Sahabat Agro di cawangan tersebut
AKTIFKAN AGRONET
  • Agronet (Perkhidmatan Perbankan Internet) membolehkan anda melayari Portal Sahabat Agro yang memaparkan maklumat keahlian
RUJUK RAKAN DAN KELUARGA
  • Rujuk rakan dan keluarga anda kepada Agrobank untuk daftar keahlian dan buka Akaun Simpanan/GIRO seperti langkah no. 1
  • Pastikan nombor keahlian anda sebagai Perujuk(referrer) tertera di dalam Borang Pendaftaran Keahlian
  • Ulangi langkah 1-4 untuk setiap ahli yang anda rujuk.
RUJUK RAKAN DAN KELUARGA
  • Apabila anda merujuk pelanggan kepada Agrobank, anda akan menerima ganjaran tunai ke dalam akaun Simpanan/GIRO milik anda di Agrobank setiap bulan apabila ahli yang dirujuk mempunyai Purata Positif Baki Kredit (Positive Average Credit Balance) di dalam akaun AgroPrimaS
  • Ganjaran akan diberikan sehingga EMPAT (4) Peringkat di bawah rangkaian anda


OK korang kena ikut step by step untuk permulaan ni... kalau rasa tak faham boleh hubungi saya untuk penerangan, boleh whatsapp saya atau pun call untuk appointment 0132947452 (wasap) / 0146348164 (call) Hamzah nasir.

Wednesday, 3 August 2016

Chinese Hero Zhao Zi Long / Zhao Yun 2015

Siapa sini hantu drama cina kita geng.... haha aku nak update sket yang cerita Zhao Zi Long. korang penah tengok tak cite ni best woo rugi tak tengok citer ni berkisah dalam zaman three kingdom. Zhao Zi Long juga di kenali sebagai Zhao Yun, kalau korang nak cari dekat youtube or viki boleh search tajuk nama dia.

Ape yang menarik cite ni dia tak ada kuasa2 yang karut marut tu hehe hanya kebijaksanaan dan kehebatan dia main tombak phoenix yang tok moyang guru dia bagi... lagi satu dia ada modul siasah perang yang ramai idam2 kan, kalau ikut dalam drama ni zhao zi long ni berketurunan anak bekas jeneral juga, tapi disebabkan perebutan kuasa dekat istana so maharaja suruh bapa dia pergi bersembunyi dengan 2 bilah pedang sakti yang menjadi lambang keagungan pemerintahan masa tu....




Nama dia mulai naik bila dia dapat mempertahankan kota Zhending dari serangan perompak yang ambil kesempatan semasa neraga sedang huru-hara. biasa la dekat mana2 pun kalau negara huru hara perompak memang akan ber-maharajalela.... kemenangan zhao yun mempertahankan kota zhending tu menjadikan dia femes...

Disebabkan negara dalam huru hara dia pun nak berkhidmat untuk kerajaan untuk memulihkan negara dari perang yang panjang... so dia pun join lah Gongsun Zan punya team dengan harapan dapat bantu memulihkan negara tapi Gongsun Zan ni agak sombong sikit pandang rendah dekat zhao yun sebab nampak zhao yun masa tu masih muda lagi so dia suruh zhao yun jaga kuda je....

Kalau korang jadi zhao yun ape korang buat? kalau aku memang aku belah dah sebab niat datang nak tolong dalam peperangan tapi di suruh jaga kuda siapa tak marah beb... tapi zhao yun ambil sifat rendah diri dia rilek je jaga kuda ikut arahan...




pada satu hari tu Gongsun Zan keluar berperang dengan dengan tentera Yuan Shao dan dia di kepung oleh pihak musuh zhao yun dapat beritatu terus pergi selamatkan Gongsun Zan dan berjaya bunuh jeneral Yuan shao, tapi dia tak dapat sebarang pujian pun bahkan di anggap campur tangan tanpa arahan. sedangkan berita tu tersebar luas kehebatan zhao yun dalam peperangan tu... sehingga Liu Bei sendiri datang puji kehebatan Zhao yun tu....

Disebakan tidak pandang tinggi oleh Gongsun Zan akhirnya Zhao yun ambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman dia di Zhending..... haaa tu serba sedikit sudutan dari cerita zhao yun ni kalau korang nak tengok boleh follow citer ni di 8tv jam 7pm hingga 8pm... sekarang dah episode 32... memang layang lah cite dia...

Malam layan Drama  The Eleventh Son pula pukul 8.30-9.30mlm.... memang puas hati beb..... nanti aku update cite ni plak...hehe