Sunday, 14 August 2016

Sahabat Agro (AgroprimaS)

Program Sahabat Agro adalah program pemasaran yang mematuhi kehendak Shariah dan berkonsepkan Keahlian, Rujukan & Ganjaran. Program ini menawarkan ganjaran bulanan* untuk ahli-ahli yang merujuk ahli keluarga atau rakan-rakan dengan menyimpan di Akaun Deposit Berjangka (AgroPrimaS) ** di Agrobank.
*Ganjaran bulanan tertakluk kepada terma dan syarat 
**Akaun Deposit Berjangka yang direka berdasarkan Akaun Deposit Berjangka (FRIA-i) sedia ada di Agrobank

Pernah tak anda dengar pasal program Sahabat Agro Bank?? jika tidak pernah dengar ini lah masanya saya memperkenalkan kepada anda semua, Program ini masih baru lagi dan ramai lagi yang tidak tahu. Ia merupakan satu program simpanan tetap dan anda boleh merujuk ahli keluarga atau sahabat anda utk simpan di Agro Bank, Malah anda akan dapat Ganjaran dari Agro Bank kerana sebagai perujuk yang memperkenalkan program ini.

Konsepnya sangat mudah di fahami dan di duplicated kerana ia guna konsep networking (berkumpulan), malah jika network anda makin besar peluang ganjaran yang anda bakal dapat setiap bulan pun boleh cecah RM 21,000 sebulan..

Bagaimana Cara Jadi Sahabat Agro?

1. Buka Akaun Giro (Rm20) kemudian Buka akaun Sahabat AgroPrimaS (Minimun RM500 dalam bentuk sijil primium).

2. Daftar keahlian anda sebagai Sahabat Agro.

3. Daftar AGRONet (Perbankan Internet) untuk memudahkan anda semak maklumat keahlian.

4. Rujuk ahli keluarga dan rakan-rakan anda untuk daftar keahlian dan buka akaun simpanan seperti langkah 1-3 dan pastikan mereka daftar dengan no keahlian anda sebagai perujuk....

5. Anda layak menerima ganjaran berbentuk wang dari Agro bank ke dalam akaun anda setiap bulan apabila ahli yang di rujuk mempunyai baki kredit positif (Tidak pernah keluarkan duit) di akaun AgropimaS, ganjaran ini terdapat empat peringkat di bawah rangkaian anda yang layak anda perolehi....

Masih keliru? hubungi saya untuk keterangan dan Perujuk untuk anda jadi Sahabat Agro bank anda.... saya Hamzah Nasir Sedia membantu dan memberi penerangan kepada anda dengan hati terbuka.... hubungi saya di talian 0132947452 (Wasap) / 0146348164 (call)

Bagaimana Nak Jadi Sahabat Agro Bank

Assalamualaikum semua pembaca, hari ni saya nak kongsi satu cara macam mana kita nak daftar jadi SAHABAT AGRO BANK ok ni antrara step-step yang perlu korang ikut, tapi nak jadi sahabat agro bank korang kena ada penaja atau pun perujuk (REFERRER) kalau nak nak saya sebagai perujuk boleh hubungi saya di no talian di bawah... 
BUKA AKAUN
  • Akaun Deposit Berjangka AgroPrimaS: Nilai deposit minimum RM 500.00
  • Akaun Simpanan/GIRO bagi tujuan pengkreditan Ganjaran (Deposit minimum RM 20.00)
DAFTAR KEAHLIAN
  • Kunjungi cawangan Agrobank berhampiran untuk membuka akaun
  • Daftar keahlian anda sebagai Sahabat Agro di cawangan tersebut
AKTIFKAN AGRONET
  • Agronet (Perkhidmatan Perbankan Internet) membolehkan anda melayari Portal Sahabat Agro yang memaparkan maklumat keahlian
RUJUK RAKAN DAN KELUARGA
  • Rujuk rakan dan keluarga anda kepada Agrobank untuk daftar keahlian dan buka Akaun Simpanan/GIRO seperti langkah no. 1
  • Pastikan nombor keahlian anda sebagai Perujuk(referrer) tertera di dalam Borang Pendaftaran Keahlian
  • Ulangi langkah 1-4 untuk setiap ahli yang anda rujuk.
RUJUK RAKAN DAN KELUARGA
  • Apabila anda merujuk pelanggan kepada Agrobank, anda akan menerima ganjaran tunai ke dalam akaun Simpanan/GIRO milik anda di Agrobank setiap bulan apabila ahli yang dirujuk mempunyai Purata Positif Baki Kredit (Positive Average Credit Balance) di dalam akaun AgroPrimaS
  • Ganjaran akan diberikan sehingga EMPAT (4) Peringkat di bawah rangkaian anda


OK korang kena ikut step by step untuk permulaan ni... kalau rasa tak faham boleh hubungi saya untuk penerangan, boleh whatsapp saya atau pun call untuk appointment 0132947452 (wasap) / 0146348164 (call) Hamzah nasir.

Wednesday, 3 August 2016

Chinese Hero Zhao Zi Long / Zhao Yun 2015

Siapa sini hantu drama cina kita geng.... haha aku nak update sket yang cerita Zhao Zi Long. korang penah tengok tak cite ni best woo rugi tak tengok citer ni berkisah dalam zaman three kingdom. Zhao Zi Long juga di kenali sebagai Zhao Yun, kalau korang nak cari dekat youtube or viki boleh search tajuk nama dia.

Ape yang menarik cite ni dia tak ada kuasa2 yang karut marut tu hehe hanya kebijaksanaan dan kehebatan dia main tombak phoenix yang tok moyang guru dia bagi... lagi satu dia ada modul siasah perang yang ramai idam2 kan, kalau ikut dalam drama ni zhao zi long ni berketurunan anak bekas jeneral juga, tapi disebabkan perebutan kuasa dekat istana so maharaja suruh bapa dia pergi bersembunyi dengan 2 bilah pedang sakti yang menjadi lambang keagungan pemerintahan masa tu....




Nama dia mulai naik bila dia dapat mempertahankan kota Zhending dari serangan perompak yang ambil kesempatan semasa neraga sedang huru-hara. biasa la dekat mana2 pun kalau negara huru hara perompak memang akan ber-maharajalela.... kemenangan zhao yun mempertahankan kota zhending tu menjadikan dia femes...

Disebabkan negara dalam huru hara dia pun nak berkhidmat untuk kerajaan untuk memulihkan negara dari perang yang panjang... so dia pun join lah Gongsun Zan punya team dengan harapan dapat bantu memulihkan negara tapi Gongsun Zan ni agak sombong sikit pandang rendah dekat zhao yun sebab nampak zhao yun masa tu masih muda lagi so dia suruh zhao yun jaga kuda je....

Kalau korang jadi zhao yun ape korang buat? kalau aku memang aku belah dah sebab niat datang nak tolong dalam peperangan tapi di suruh jaga kuda siapa tak marah beb... tapi zhao yun ambil sifat rendah diri dia rilek je jaga kuda ikut arahan...




pada satu hari tu Gongsun Zan keluar berperang dengan dengan tentera Yuan Shao dan dia di kepung oleh pihak musuh zhao yun dapat beritatu terus pergi selamatkan Gongsun Zan dan berjaya bunuh jeneral Yuan shao, tapi dia tak dapat sebarang pujian pun bahkan di anggap campur tangan tanpa arahan. sedangkan berita tu tersebar luas kehebatan zhao yun dalam peperangan tu... sehingga Liu Bei sendiri datang puji kehebatan Zhao yun tu....

Disebakan tidak pandang tinggi oleh Gongsun Zan akhirnya Zhao yun ambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman dia di Zhending..... haaa tu serba sedikit sudutan dari cerita zhao yun ni kalau korang nak tengok boleh follow citer ni di 8tv jam 7pm hingga 8pm... sekarang dah episode 32... memang layang lah cite dia...

Malam layan Drama  The Eleventh Son pula pukul 8.30-9.30mlm.... memang puas hati beb..... nanti aku update cite ni plak...hehe

Sunday, 10 July 2016

Belajar Masakan Baru Di Hari Raya Free Je

Assalamu'alaikum lama pula tak tulis dekat sini ntah la mood nak tulis tu ntah hilang ke mana ntah hehehe.... Wahai mood kembalilah ke pangkal jalan sebelum aku cari lain hehe...

macam mana mood raya korang?? makan lemang banyak ke makan jem banyak?? nak makan jem tu jangan lupa sedia roti atau biskut kering hahaha.... tahun ni alhamdulillah tak makan jem sebab ikut saranan kerajaan kena pandai merancang perjalanan so aku buat keputusan balik 1 minggu sebelum raya dan pulang ke kota raya hari raya kedua so memang clear jalan raya time tu hahaha.....




tapi balik awal pun seronok gak boleh belajar macam2 masakan dekat kampung bini aku, tahun ni aku dapat belajar cara anyam ketupat palas, ketupat sotong (sotong sumbat pulut) dan gulai ketam ni semua masakan femes dekat pantai timur... tu belum nasi kerabu dan laksa kelantan lagi hehehe....




seronok bila dapat belajar masakan baru nanti bila dah tua2 boleh turun ilmu dekat anak2 pula... so aku rasa elok la kita ringan kan tulang turun tolong mak or mak mertua dekat dapur mana tau dapat belajar benda baru... bahkan boleh mengeratkan lagi hubungan silatulrahim...

akhir kata selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin....


Monday, 4 April 2016

Kenapa Perlu Ajar budak Adat Dan Cara Hormat Orang Tua Lebih Penting Dari Pandai Membaca

Lama pula tak berkarang dekat wall blog ni... mane taknya sibuk melayan 2 orang anak dara dan 1 anak teruna ni.... kalau korang nak tau duk rumah dengan anak2 bukan satu kerja yang mudah, bersyukur lah pada isteri-isteri yang sanggup korban masa berhenti kerja untuk jaga anak-anak dekat rumah tu....

Dari apa yang aku perhatikan perangai budak-budak ni, kadang-kadang tu geram juga, rasa nak pulas je, itu baru kita yang sebagai ibu bapa yang jaga, kalau dekat taska atau pusat jagaan kanak-kanak tak tau lah macam mana agaknya diorang buat dekat anak-anak kita ni... tambah-tambah yang jenis aktif dan terlebih aktif ni memang kalau kita larang dia, lagi lah dia buat, last-last kena letak rotan dekat tepi sebagai amaran hehe...

aku tak faham kenapa kaum ibu bersungguh-sungguh nak paksa anak-anak dari kecil untuk pandai membaca?? sedangkan masa ni diorang masih seronok bermain... masa aku kecik-kecik dulu rasa baca buku tak ada dalam kamus hidup hehe, bermain, berseronok hingga lah lewat petang baru balik... walaupun masa tu baru 4,5tahun umur aku.... kenangan yang tak dapat aku lupa curi pergi mandi dekat kolam takungan kebun sayur memang seronok mandi time tu..

Bermain basikal waktu petang keliling kampung paling seronok.... tambah-tambah kalau ada angsa memang kena lastik la angsa tu... sampai orang kampung report dekat mak dan ayah aku hahaha.... last-last aku kena kurung 2,3hari sebab tak nak orang kampung marah...

Orang perempuan ni semua benda nak nampak perfect, tambah kalau ada adik beradik kawan-kawan yang ada anak sebaya dah pandai baca dia nak tunjuk juga dekat diaorang yang anak dia pun terer hahaha..... aku rasa bagi kaum bapa benda tu semua tak penting pun, setuju tak?. Kalau boleh biarkan aje dia orang pandai berdikari ajar adat dan cara hormat orang lagi penting, cuma kalau ada kelebihan membaca tu kira extra la....

Sebab zaman sekarang kalau korang perhatikan budak-budak memang pandai-pandai tapi adat terhadap orang tua memang kelaut aku boleh cakap... kalau tak, tak ada la kes buli kes bapa serang guru kan, sebab hormat menghormati dalam diri tu dah tak ada, mak bapa lebih fokus untuk ajar anak-anak pandai membaca dan buat hal masing-masing.

Satu lagi budak zaman sekarang memang pandai semulajadi so diaorang akan angkuh rasa bangga dengan pencapaian diri sendiri sehingga lah rasa hormat dia orang terhadap ibu bapa dan guru-guru tak macam zaman dulu-dulu. kalau korang pernah baca buku Sultan Muhammad Al-Fateh, beliau sendiri mula belajar bersungguh-sungguh pada umur sembilan tahun, sebelum tu beliau banyak bermain seperti kanak-kanak yang lain....

Lagi satu bak kata dalam cerita condor heroes guru itu ibarat ibu bapa kita hahaha.... cuma zaman tu dia orang tak setuju anak murid kahwin dengan guru sendiri je hehe..... ha tu jela aku nak bagitau so pandai-pandai lah korang pikir sendiri.... jangan terlalu memaksa anak-anak tu, kalau boleh ajar adat cara hormat orang tu dulu so bila dia tau beza benda baik dan jahat dia akan mula berlaja sendiri. Kecuali memang ada bakat dari kecik memang tu sebagai hadiah extra la......

Wednesday, 9 March 2016

Asam Pedas Sejati Melaka Di Jalan Kampung Pandan KL

Asam pedas melaka sejati?? pearrggghhh semala duk layan channel hypptv EC Inspirasi tiba-tiba ade rancangan selera bajet.. aku memang suka layan rancangan dia sebab salah satunya pengacara dia si fendi raja lawak, lagi pun duk kl ni mesti korang nak tau dengan bajet rm20 1 hari dekat mana kedai dan gerai yang boleh korang makan dengan puas hati kan....

lagi pun si fendi ni memang sempoi di punya rancangan takde la nak formal2 sangat haha ala-ala santai macam tu, kalau korang pernah tengok rancangan dapur bujang dia memang confirm terus terror masak punye lah hahaha.... aku pun banyak belajar masak dari rancangan tu simple dan bajet pun xde la banyak ye idak....

Aku tak ingat episod ke berapa tapi yang ni musim kedua punye.... Bermula dengan sarapan dekat Mee Sedap Corner dekat jalan mahmud kg baru, memang layan lah kedai tu, boleh dikatakan semua jenis mee ada jual yang famous mesti la Bakso.... harga pun murah dalam rm4 1 mangkuk mane nak dapat kat kl woooo....

kemudian menu tengah hari dia asam pedas melaka..... ha yang ni memang kecor habis air liur habaq hang.... wow nak makan asam pedas mesti korang akan terbayang asam pedas dekat melaka kan... haha, sebenarnya x perlu pun ke melaka dan korang akan dapat rasa sebiji asam pedas melaka yang terletak di jalan kampung pandan, nama kedai dia pun senang je nak cari sebab kita pun nak makan asam pedas so nama kedai dia Asam Pedas Sejati Melaka.

tepi jala je boleh nampak signboard dia
Sebab ape aku cakap dia punye rasa hampir sama dekat melaka? sebab dekat kedai ni  ikan dia ko kena pilih sendiri baru la dia masak asam pedas tu... fresh wooo, macam-macam jenis ikan ada cuma mampu x mampu je korang nak bayar... tapi kalau setakat nak kenyang rm10 pun dah boleh dapat ikan kembung atau ikan pari siap dengan ulam2 lagi... tu harga untuk satu set dia hehe... berbaloi kan... menu lain banyak lagi cuma yang power kat situ asam pedas la hehehe..... lagi satu dia buka pagi samapi 3 petang pahtu rahat jap pukul 7.30mlm baru buka balik.

1set Rm10 Credit to JJCM Azue D series
Malam pula pekena cendol wahab perghhh layang siot.... fendi2 kenapa la ko tunjuk kat aku tempat makan macam ni buat aku rasa nak serbu je malam ni.... tapi nak buat macam mana rumah aku pun agak jauh terpaksa lah tunggu esok hehehe.... macam2 jenis cendol ada dekat cendol wahab ni cendol durian pun ada rojak pun ada... kedainya terletak dekat sri rampai setapak... so kalau korang ke area sana jangan lepaskan peluang keemasan tu... cuba try test la power tak power....



Credit kepada Fendi sebab kongsi tempat makan best2 tak sabar rasa nak pergi hirup bakso, asam pedas dan cendol..... kecur air liur beb......

Wednesday, 20 January 2016

The Deer and the Cauldron a.k.a The Duke of Mount Deer

Lama pula x update blog nih.... maklum la zaman kena buat 2,3 korja ni mane ada mase..... hahaha sebenanya nak bagitau korang yang aku x sempat nak update cite wuxia yang baru habis main dekat 8tv 1 minggu lepas, korang ada tenggok x?? bukan ape cuma nak cakap versi 2014 ni banyak beza dengan versi 2000 la.....

So bagi aku versi 2000 lagi best dia punye jalan cite.... tambah-tambah zaman serba moden ni kebanyakkan drama or movie banyak yang main dalam studio je so hilang dia punye feeling tu....


 
 

versi tahun 2000 persamaan jalan cite dia more kepada versi movie (Royal Tramp 1,2) lakonan Stephen Chow, manakala versi tahun 2008 dan 2014 more kepada komik or novel asal yang di tulis oleh Jin Long (Louis Cha)

Tetapi kalau di bandingkan dengan versi tahun 2008 mmg jauh best versi tahun 2014 la.... sb dari segi shooting dia pun xde la gelap je.... lagi pun watak wei xio bao yang di mainkan oleh Han Dong memang masuk dengan perwatakan dia... dia dengan Dicky Cheung memang sama perangai agak gila2 mcm tu....

Yang bestnya semua watak perempuan dalam versi 2014 semua pernah jadi heroin dalam top drama or movie.... cantik2 plak tu..... so kalau korang nak tenggok memang x rugi.... tambah2 ada viann zhang yang meletop pop pop tu hehe..... selamat menonton......